All about chemistry.............

Islamic Calendar

My DeVeLoPmEnT pLaN

PERANCANGAN MASA SEKARANG

Pada masa ini saya masih bergelar pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan kimia. Saya berharap saya akan dapat meneruskan pengajian hingga ke akhir dengan jayanya dan mendapat keputusan yang baik dalam setiap peperiksaan. Insyallah dalam tahun 2013 maka habislah pengajian saya disini.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Saya berharap selepas habis pengajian disini, saya akan segera mendapat posting. Tidak kisahlah dimana saya dihantar. Di samping itu, saya akan berusaha untuk membalas budi kedua ibu bapa saya dengan cuba memberi kesenangan kepada mereka. Sekiranya ada rezeki untuk saya meneruskan pengajian, saya akan berusaha untuk belajar setinggi yang boleh. Selain itu, tidak dilupakan juga, berusaha untuk mengumpul asset agar tidak susah dimasa tua. Akhir sekali, semua orang pun mempunyai impian yang sama iaitu untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri serta hidup dalam aman dan bahagia.

PERANCANGAN DALAM KERJAYA

Apabila saya menjadi guru kelak saya akan menjadi seorang guru yang berdedikasi. Saya akan memberikan sepenuh komitmen terhadap kejaya saya. Saya akan cuba menggunakan segala ilmu yang dipelajari semasa di UPSI untuk menjadi seorang guru yang baik. Kaedah pengajaran yang saya akan gunakan adalah menggunakan kaedah mengkaji dan meneroka. Saya akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengkaji dan meneroka sendiri bagi mengembangkan pemikiran mereka tanpa mengabaikan penekanan kepada nilai- nilai murni dalam kehidupan. Pengajaran yang tidak hanya berasaskan buku teks semata- mata. Setiap pelajar diberi peluang untuk memberi pandangan masing- masing agar mereka lebih berminat untuk belajar. Saya berharap apa yang saya cita- citakan ini boleh dicapai.