All about chemistry.............

Islamic Calendar

ReFleCtioN

MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DALAM PROSES PEBGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
• Komputer memperkenalkan pelajar dengan model yang sama seperti situasi dalam kehidupan nyata
• Komputer memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan situasi kehidupan nyata tanpa bahaya, beban, atau kesulitan
• Pelajar boleh menggunakan pengetahuan mereka untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah-masalah kehidupan nyata dengan menggunakan komputer
• Komputer memberikan maklum balas dengan pantas terhadap tindakan dan keputusan yang diperlukan
• Siswa dapat memanipulasi elemen memanipulasi model dan pengalaman kesan dari perubahan pembolehubah yang berbeza dalam model seterusnya dapat meningkatkan pemahaman bagi sesuatu konsep serta kemahiran berfikir peringkat tertinggi.

CONTOH PENGGUNAAN TEKNOLOGI KOMPUTER :

POINT POWER

Penggunakan power point dalam pengajaran boleh menjimatkan masa. Hal ini kerana, dengan penggunaan power point guru tidak perlu merujuk banyak buku bagi menerangkan dan memahamkan sesuatu dengan lebih terperinci kepada pelajar. Dengan menggunakan power point, guru boleh merancang pengajaran dengan lebih terancang dan dapat memhubungkan dengan sebarang bahan seperti video ataupun simulation bagi memudahkan pelajar faham. Selain itu, pelajar tidak akan cepat bosan kerana pengajaran lebih bergambar,berwarna dan mempunyai bunyi.


CAMSTUDIO

Camstudio digunakan untuk merekod apa yang ada di skrin komputer kita. Jadi guru boleh menggunakan perisian ini untuk membuat tutorial bagi sesuatu aktiviti seperti untuk menunjukkan langkah- langkah membuat eksperiment atau pun untuk menerangkan sesuatu dengan lebih terperinci agar pelajar mudah faham. Guru boleh meletakkan video dan penerangan dalam sesuatu masa . ini memudahkan mudah faham apa yang diajar. Cara pengajaran sebegini juga boleh membuatkan pelajar tertarik untuk memberi perhatian kerana terdapat bahan yang bergambar berwarna dan bunyi,membuatkan pelajar tidak cepat bosan.

SIMULASI
Guru juga boleh menggunakan simulasi untuk mengajar. Hal ini kerana dengan menggunakan simulasi, pelajar akan lebih cepat faham kerana mereka boleh melihat apa yang tidak dapat dilihat pada keadaan nyata seperti tindak balas kimia yang berlaku dalam sesuatu sebatian, ion- ion yang terdapat dalam sesuatu bahan kimia dan banyak lagi. Selain itu dengan menggunakan simulasi juga pelajar- pelajar boleh mencuba sendiri dengan menukar bahan- bahan yang diberikan dan mendapat keputusan dengan lebih cepat. Tambahan lagi, penggunaan simulasi boleh digunakan .